Bingkisan Mahasiswa Tahun Akhir: Antara Kerjaya atau Menuntut Ilmu
Kerja... Belajar... Kerja... Belajar... Pening kepala!!! Nielah dilema pelajar tahun akhir. Dalam negara kita sedang meraikan kemerdekaan ke 50 seiring itu juga negara kita bakal menuju negara maju menjelang tahun 2020. Apa kaitan dengan aku???
He..he.. ada. Keperluan tenaga profesional ketika itu amat tinggi. jadi aku keliru antara untuk terus bekerja dengan 'chambering' dan practise atau sambung belajar wat master. kedua-duanya ada signifikan sendiri. belajar 1st degree rasanya macam tak puas. ada benda yang tergantung dan kurang rasanya.
tapi kalau belajar lagi tambah 2tahun lambatlah berkerjaya dan 'berumahtangga'. Atau buat part time master pada masa yang sama wat chambering. he..he... Persoalannya, mampu ke nak kejar dua-dua. memimpin pada masa yang sama belajar pun dah tonggang langgang ni kan pula nak kerja dan belajar pada masa yg sama.
Ada orang kata dalam dunia penuh cabaran ni, biarlah kita lahir dan terbeza dengan orang. MAksudnya, kepakaran kalau nak wat master biar marketable dan kita specialize bidang tu. baru boleh berjaya.. kalau tak, kita macam orang lain.
Bidang undang-undang adalah bidang yang kompetitif. siapa yang berjaya adalah mereka yang sangat bagus dalam profesion itu bukan dengan sebab pointer atau sebagusnya. so, ibarat pisau di tangan, dipotong, dicincang dan sebagainya terletak ditangan sendiri...
1917, A101 Proton's College, UUM

emm dilema yg biasa dihadapi oleh sesiapa pun pelajar sem akhir,once bila kita dah wat pilihan there's no turning back!
Goodluck my sahabat:)
Posted by: -Ikmal- | August 26, 2007 09:28 PM
ada 1 kisah menarik, seorang dekan FUU UM yang berjaya mendapat 1st class law degree akhirnya sama sahaja jawatan dengan Dekan FUU UIA yang hanya cuma mendapat second class lower degree. Kini kedua-duanya juga profesor dalam bidang masing2.
Pengajarannya, pointer bukan penentu segalanya.Do what your 're supposed to do as long as you prefer it!
Posted by: -Ikmal- | August 26, 2007 09:32 PM